May 18, 2010

Salam and Good day,

Sorry for being me missing in action a little while, actually I'm preparing a book regarding this blog's contents, a lot of things to be scrutunized hopefully it could be launched soon. Meanwhile here some extractions from the book narrating on whats the next step after buying tools (Malay Version).

Step 3

Perancangan

Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan sentiasa berubah. Apa yang pasti ialah perubahan pesat terus menjanjikan masa depan cerah. Kemajuan teknologi memberi kesan kepada semua orang di tempat kerja dan di rumah. Jadi untuk hidup dalam suasana ini harus mengerti menguruskan perubahan secara efektif. Untuk menjadi efektif kena proaktif dan boleh menjangkakan lebih awal strategi dan teknik yang patut terapkan bila dilanda perubahan besar. Inilah sebabnya anda kena rancang, untuk mengelakkan kepayahan sekurang-kurangnya mengurangkan ke tahap boleh dibendung. Dalam urusan projek rias rumah perancangan dirangka untuk kurangkan risiko dan luar jangkaan. Seterusnya peroleh hasil yang optima, tanpa membebankan dalam masa yang singkat.

Pelaksanaan
Tiba masanya di mana semua perancangan asas dan elemen keperluan telah siap dan anda berpuas hati. Anda pastikan lagi peraturan yang ada untuk kawalan. Seterusnya sedia untuk mengurus projek.

Dalam DIY projek tidak ada mesyuarat atau pengurusan dan perisian program komputer pengurusan canggih. Cuma sedikit perbincangan dengan keluarga atau rakan DIY sebagai timbang tara atau untuk pendapat kedua. Pengurusan dimudahkan dengan urusan yang perlu sahaja. Anda cuma perlu dairi sebagai bar chart (carta bar) dan catatan kerja anda. Tidak perlu kertas kerja berjela-jela mahupun pelan pakar. Memadai pelan mudah dan pemantauan yang minimum.