Dec 29, 2010

Simple DIY project - Grid Panel

DIY gaya AMI inspiration - simple DIY project

Some multi purposes grid panel usages are: Room divider, air louver, deco panel and unaesthetic camourflage.


Dec 15, 2010

7 Petua Rumah Sentiasa Kemas

7 Petua Rumah Sentiasa Kemas
  • Buangkan atau jualkan sahaja benda yang anda tidak gunakan sejak 2 tahun lalu. Selalunya jika anda tidak menggunakannya selama itu, kebarangkalian semangnya anda tidak akan menggunakan.benda tersebut.
  • Tiada benda yang tahan lama. Jadi jangan tunggu menggunakan krim kecantikan yang mahal. Terus gunakannya kerana lambat laun hilanglah keharuman dan keberkesannya.
  • Anda sebenarnya tidak perlu set penuh cadar tebal yang berlebihan. Ketahuilah asas padanan cadar dengan demikian anda tidak perlu menyimpan set yang tebal dan besar.
  • Cari ruang untuk menempatkan benda dan jangan amalkan meletakkan benda untuk sementara sahaja di tempat yang bukan sewajarnya. 
  • Tidak perlu lebihan stok seperti kertas tisu, tisu tandas, surat khabar lama dan seumpamanya. Selalunya turun naik harga benda ini  tidaklah seperti telahan anda.
  • Pastikan ruangan stor cukup untuk menampung simpanan barangan. Jika tidak, ketahuilah teknik susunan dan kelengkapan stor yang sepatutnya ada.
  • Semua benda atau kelengkapan yang boleh kelihatan dan dicapai hendaklah sentiasa bersih dan tidak berabuk. 

Dec 10, 2010

Projek DIY Ringkas - Hiasan Kekisi

Hanya 1 projek DIY ringkas anda boleh jimat berlipat ganda daripada harga buku ini!

Buku: Buat Sendiri D.I.Y (do it yourself) Rias Rumah Gaya AMI

Buku pengenalan konsep dan bagaimana nak mulakan projek DIY khususnya kategori kediaman, juga dimuatkan pelbagai petua DIY. Beberapa panduan misalnya membina kekisi mudah DIY gaya AMI bagi menyerikan lagi kediaman anda!

Contoh antara projek hiasan kekisi  secara DIY ringkas.
Hubungi kami : habdmalik@gmail.com