Feb 3, 2010

DIY Spesis Yang Mana Ya!

Salam and Goodday.....

Anda budiman, yang mana satu! idaman  perangai berDIY anda? Stail duludulu ke.. atau era canggih manggih?


(Which one are you, is it over easygoing or perfectionist DIYee? here some amazing DIYee characters)

Perangai anda semasa BerDIY
  
DIY duludulu or kampung (Typical)

1. Penampilan anda suka belenging (No shirt, prefer dark-tan then sun-tan)
2. Minda tak apa... lebih kurang (Don't care attitude - for sure DIY project will not be up to standard)
3. Pakaian dan alat keselamatan baginya menyusahkan.. tidak selesa (Safety attires and tool-gears usage very minimal)
4. Seni DIYnya madang meniru bulat-bulat...  ( lazy copycat)
5. Projek siap sekadar keperluan utama (Job finishing not important, job done just enough to utilize)

DIY yang sepatutnya (Recomended)

1. Penampilan anda bersemangat dan ciri-ciri keselamatan sangat penting bagimu (Safety-first becomes his traits)
2. Mesti buat yang terbaik, jika tidak upah sahaja! (Highly motivated DIYee)
3. Projek siap bukan sekadar keperluan utama, ada tambah nilai seni dan estatika (All best package finishing - his the type of person who cannot bear to see wall picture hanging sloopy!)

Spesis DIY saya pula kekadang ada sikit degil. Jadi anda komenlah. DIY anda bagaimana?
(No problem if you wanna suggest your DIY's style. This article will be updated as we swim to blue-sea of DIY world)

jumpa lagi..... cherio..

Contoh Almari Dinding gaya AMI - Simple Fastrack DIY Project

Salam...

Almari Dinding - Simple Fastrack Project DIY

Almari design ini menjimatkan dan optima ruang bilek dan boleh diadunkan fungsi segar atau penyamaran latar belakang dinding (Sleek and Wall fully covered camourflage effect cabinet)

Projek mudah ini anak saya yang bikin semasa hujung minggu cuti sekolah, bagi DIY level layman tiga hari siap termasuk mengecat, saya ngarah Jer! Maklumat langkah DIY terperinci dan bahan-bahan yang digunakan akan dimuatkan dilembaran topik Projek Pilihan Riasrumah gaya AMI.

Testimoni projek: saya kata murah; mereka kata klasik?

Saya percaya anda boleh buat lebih baik dari almari contoh ini.

*Anggaplah yang saya terposing didepan almari tu....sebagai hakcipta patented gaya AMI. Jangan anda komen yang tercegat tu... komen Almari sahaja.

* Sebutan anak saya maknanya DIY level orang biasa 'layman' atau perempuan ke..pun mampu buat.

Jumpa lagi....

DIY Untuk Wanita?

Salam...masih muqadimah panaskan enjin DIY! belum masuk gear..tunggu members pakai tali kledar!

(We still playing around by the sea-shore of DIY world before we encounter  and swim to blue-sea of  DIY gaya AMI. Let's give others a chance to learn steadily some floating endeavour, only then we encourage and show the strokes of DIY, breast, back stroke or even freestyle)

Untuk wanita sebenarnya ada jenis atau tahap DIY yang kurang sesuai, umpamanya macam posing gaya ku berDIY . Yang ni..sesuai untuk kaum Adam. Nikmat peluh jantan!









Wanita buat permulaan ada baiknya amalkan DIY gotong royong seperti kaum hawa yg posing di bawah ini. Nikmat peluh kaum hawa!


Kalau rajin dan sudah bersedia untuk berDIY, kita akan tunjukan DIY taman idaman anda!


Jumpa lagi...

Feb 2, 2010

Nabi Nuh a.s Pencipta Kapal Pertama

Salam...

Kita masih bermain ditepian pantai dunia DIY sebagai persediaan 'warming up' sebelum melangkah ke topik projek-projek sempoi DIY gaya AMI nanti; almaklum perkara teknikal hendak disantaikan! kepada lapisan umum muqadimah DIY terpaksalah lebih sikit.

Ya.. para Nabi dan Anbia pun berDIY, (istilah fahaman AMI dari sudut teknikal ). Di sebutkan juga contoh pre DIY:  Nabi Ibrahim a.s; mendirikan Kaabah, Nabi Isa ; bina kandang bebiri sendiri (simple design) dan Nabi Muhammad s.a.w; menjahit sendiri pakaian. Begitulah para nabi dan anbia yang lain-lain, masing-masing ada trademark DIY. Satu contoh popular ialah petikan ini:

Nabi Nuh a.s Pencipta Kapal Pertama

Nabi Nuh a.s mulai membikin kapal dengan mempergunakan kayu dan paku, disuatu tempat dekat kota. Dan tiap orang yang lalu ditempat itu, selalu mengejek dan memperolok-olokkannya dengan berbagai-bagai kata dan bicara. Ada yang berkata: "Engkau selama ini, hai Nuh, mendakwakan yang engkau Nabi dan Rasul; kenapa hari ini kami lihat engkau menjadi tukang kayu? Apa engkau sudah bosan menjadi Nabi dan ingin menjadi tukang kayu?"

Ada pula yang mengejek: "Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedang disini tidak ada laut dan sungai? Apakah engkau akan tarik dengan lembu kapal itu atau engkau terbangkan di udara?"

Dibawah serangan ejekan dan olok-olok itu Nabi Nuh a.s terus bekerja dan hanya berkata: "Bila kamu tetap mengejek kami, kami akan mengejek kamu pula nanti sebagai kamu mengejek kami ini, dan akan kamu ketahui sendiri nasibnya orang-orang yang kena siksa itu, sedang siksa itu akan terjadi."

Nabi Nuh a.s dan pengikut-pengikutnya terus bekerja, sehingga sempurnalah pembikinan kapal itu.

Petikan Rangkaian cerita dalam Al-Quran - Bey Arifin


Renungkanlah jumpa lagi...

Feb 1, 2010

0110 SENYUM DIY

Salam.....

Alkisah, seorang sifuDIY memerhatikan dengan bangga jirannya sedang berDIY memasang  aerial TV yang baru dibelinya jenis yagi (macam tulang ikan) diatas bumbung rumahnya. Setelah pemasangan aerial tv itu siap, sifuDIY hanya tersenyum mengulum.... apataknya pemasangan aerial tv tulang ikan tesebut ditiru sebijik macam sifuDIY punya. Masalahnya aerial tv tulang ikan sifu sudah lama rosak dan belum sempat dibaiki, dah berkarat tetulang (elemen) dah banyak patah dah rongak.  Bayangkan rupa aerial baru tersebut, lepas tu... memang dia komplen gambar tv nya  tak menjadi.


*Iktibarnya: Jika berDIY jangan semata-mata amalkan DIY ikutan. Bahaya dan rugi.

0210 PETUA DIY MINGGU INI

Salam...

Penat mengelap!! kain lap yang lebih panjang disarankan digunakan untuk mengelap tempat-tempat yang tinggi seperti tingkap dan kipas ceiling. Ini menjimatkan masa dan tenaga kerana membilas memerah, manakala bilangan ulang alik diantara baldi air basuh dan tempat cucian pula dikurangkan. Jadi tak le..letih sangat. Cara mengelap kain panjang; dimulakan dari hujung membawa ke pangkal kain.

Selamat mencuba...

0110 PETUA DIY MINGGU INI

Rencah DIY


1. Minyak enjin terpakai boleh digunakan semula sebagai bahan merawat kayu. Jangka hayat kayu akan tahan lebih lama .

2. Contoh projek DIY yang menarik untuk Kanak-kanak - Bina alat permainan scrabble dan monopoly.

3. Do it yourself (or DIY) buat sendiri; istilah ini digunakan untuk menerangkan pembinaan, ubah-suai, baik-pulih sesuatu benda tanpa bantuan, khidmat ahli profesional atau pakar.

4. Pemutar kepala paip jenis tembaga kerapkali mengalami kerosakan ulir skru 'thread' longgar dan menyebabkan kepala paip bocor. Tidak perlu ganti, cuba dahulu laras atur ulir dengan tambahan getah 'valve'.