Dec 7, 2009

Lanskap sebelum dan selepas Projek DIY


Terrace lama diberi nafas baru. DIY gaya AMI



Taman Kolam Ikan Dirias. DIY gaya AMI

Dec 3, 2009

DARI MEJA PENULIS

27 Idul Adha 2009

RE: Kepada Anda Yang Ingin Merias Rumah Mengikut Citarasa Sendiri .

Selama ini mungkin anda tertanya-tanya sama ada rumah yang anda miliki boleh diubah-suai menjadi selesa, unik serta klasik dengan harga yang rendah. Inginkah anda mendapatkan petua-petua berkaitan DIY dan projek-projek menarik merubah-rias kediaman?

Jika ini tersemat dalam hati anda, maka InsyaAllah blog Riasrumah ini akan memberi panduan dan membantu mencapai hasrat anda dan jadikan ia teman hayat anda!

Selepas ini anda tidak perlu pening kepala asyik ‘diakalkan’ oleh segelintir kontraktor atau  tukang rumah. Tidak perlu tunggu bajet cukup.

Saya akan tunjukan rahsianya dan yang pastinya…..

ANDA JANGAN TERKEJUT BAHAWA SIAPAPUN BOLEH MELAKUKANNYA!

Paparan dalam  ruangan ini bukanlah perkara baru cuma teknik dan ‘trick’ yang dipermudahkan supaya orang tanpa 'skill' pun boleh mencubanya. Malah, apa yang akan dikongsikan sama ialah petua DIY dan penyelesaian masalah yang dimusykilkan oleh anda.

Kaedah dan design adalah berdasarkan kepada ilham, pengalaman serta kajian penulis. Contoh-contoh projek diambil dari kediaman penulis mengikut kronologi sejak mendudukinya hingga kini.

Selain itu, contoh projek mahupun petua DIY dari sumber lain yang menarik juga akan dibicarakan! 

Pelik! atau rasa sukar ! tidak..,  kerana ruangan Riasrumah sedia menunjukan jalan pintas dan alternatif untuk mengatasi kerja tertentu, mengajar anda teknik asas bagaimana untuk ber DIY dan membolehkan anda membuat projek merubah-rias rumah dengan yakin.

“TAHUKAH ANDA BAHAWA KEPUASAN BERKREATIVITI SECARA DIY BANYAK MANFAATNYA, ELEMEN AKTIVITI SENAMAN DAN TERAPI YANG SEBELUM  INI TIDAK TERLINTAS DALAM FIKIRAN KITA?”

Jadi tunggu apa lagi pada hujung minggu ini, isikan masa lapang anda dengan kerja seni sambil riadah dan seronok ini!

Anda cuma perlu tahu caranya. Ada pelbagai cara, cubalah idea dan teknik gaya AMI. Projek rias rumah tidak memerlukan 'skill' yang hebat malahan ia dapat memberikan kepuasan kepada sesiapa yang membuatnya. Semua projek yang diutarakan boleh dilaksanakan oleh orang yang baru kenal DIY dan asas seni pertukangan juga dimuatkan dalam ruangan ini. Kebanyakan bahan dan perkakas digunakan adalah mudah diperolehi.

PROJEK SIAP HASIL TANGAN SENDIRI SATU NIKMAT DAN KEPUASAN!

Penulis melaksanakan sendiri projek-projek DIY khususnya rumah yang perlu diberi nafas baru, secara sedikit demi sedikit semasa cuti dan pada hujung minggu. Alhamdulillah, kini hasilnya dihimpunkan dan dinukilkan dalam  ebook peribadi manakala Blog Riasrumah gaya AMI untuk dimanfaatkan oleh semua peminat.

Kesimpulannya, Riasrumah gaya AMI akan membantu anda…

1. Nilai tambah kemahiran dan hobi yang manfaat.

2. Menjimatkan perbelanjaan kos merubah-rias dan senggaraan rumah. (Negara Eropah sudah mula membudayakan konsep DIY kerana upah pekerja terlalu mahal)

3. Memberi maklumat dan tips segera sebelum  berjumpa tenaga profesional atau kontraktor dan elak ditipu!

4. Petua dan penyelesaian masalah berkaitan.

5. Automatik jadi ahli kelab Riasrumah gaya AMI dengan selalu mengunjungi blog ini.

Sekian, dari AMI.

Email: mailto:habdmalik@yahoo.com