If you engaging partial DIY project, here how to seek at a glance the competent skill workers?
Ada setengah projek DIY agak mencabar dan mengandungi kerja-kerja (tasks) di luar skop kemampuan kemahiran kita, jadi tasks yang sebegini kita upahlah tukang yang mahir dalam bidang tasks yang berkenaan. Maknanya, kali ini kendalian projek secara separa DIY (partial DIY). Persoalannya sekarang tukang yang macam mana? Selain dari anda sendiri kenal tukang tersebut atau rekomen dari kawan-kawan, suka saya kongsisama pengelaman saya ketika bersama sahabat-sahabat serumah saya yang terdiri dari sukarelawan luar negara Jepun, Jarman dan US. Mereka sangat mahir dalam bidang pertukangan masing-masing namun buang-buang cakap mengenai separa DIY mereka semuanya bersetuju dengan ala Malaysia/British bagi mengenali tahap kecekapan tukang. Yang mana seperti petua-petua berikut:
Lihat hasil rupa pemasangan dan kemasan di bahagian-bahagian - secara rambang 'layman term',
Tukang kayu : Pintu atau tingkap
Tukang Perabot : Laci
Tukang cat : ceiling
Tukang Batu Bata : Binaan sokongan melengkung (brick arch)
Tukang simen : lepa dinding
Tukang konkrit/stone : 'retaining wall'
Tukang paip : sinki
Tukang lektrik : pembumian (grounding)
Tukang Bumbung : Rabong
Tukang tile/marmar : sudut lantai dinding
Kualiti kerja di bahagian-bahagian disebutkan diatas hanya nilaian lazim, jika anda mendalaminya tentu anda lebih mengenali tukang yang dicari bagaikan 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina'
No comments:
Post a Comment