Jun 10, 2010

Motivasi

Motivasi Rias Rumah

Jika anda melihat pelbagai idea hiasan rumah yang menarik tetapi tiada satupun idea yang mampu dilaksanakan kerana kosnya yang agak mahal dan bahan-bahannya pulak diimpot. Bahkan lebih sukar lagi, anda mungkin diperli oleh orang tersayang mengatakan anda hanya berangan mat jenin.

Bagaimana perasaan anda ketika itu? Sudah tentu anda rasa kecewa. Semangat dan motivasi diri pasti menurun. Dan lebih malang lagi, mungkin situasi itu mematahkan semangat anda hendak berDIY seterusnya.

Jika anda buat sendiri projek anda, tiada isu langgar perjanjian anda dengan kontraktor. Tiada siapa yang akan menyukarkan anda. Apabila projek anda siap, sudah tentu anda berbangga kerana hasil penat lelah anda dapat dikecapi. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan semangat anda terus berDIY.

No comments: