Laman DIY gaya AMI ini merupakan pengenalan kepada konsep DIY Inovatif yang berdaya maju.Turut dimuatkan ialah himpunan panduan asas dan motivasi kemahiran bagi menangani cabaran kehidupan harian. Kategori DIY yang diberi keutamaan ialah; Kediaman, Automobil, Elektrik, Elektronik dan Kelangsungan Hidup.Terdahulu laman ini menyentuh cara mengubah dan menghias kediaman dengan beberapa pilihan projek mudah secara buat sendiri, DIY (do it yourself) .
Nov 30, 2010
Nov 18, 2010
Keserabutan Menghijap Seni DIY
Keserabutan Menghijap Seni DIY
Keserabutan dek ketidak teraturnya keadaan dalam kediaman, misalnya susunan perabot yang bercelaru, timbunan dokumen dan juntaian barangan atas meja, permainan kanak-kanak atau sampah berselerakan di lantai, dapur yang kotor dan sebagainya akan menjadikan kita cepat penat dan mengalami stress yang bukan-bukan. Keadaan ini sebenarnya memberi petunjuk dan melambangkan keserabutan minda penghuni kediaman berkenaan.
Keserabutan bukan peranan atau perkara kebendaan yang terselerak, tetapi masalah dalaman kita sendiri. Konsep DIY rias rumah selain mengutamakan "bagaimana hendak buat" juga menekankan "mengapa terjadi" sesuatu perkara itu. Jadi bukanlah sahaja kita perlu belajar mengurus kehidupan seharian, malah kita perlu juga pandai mengurus keserabutan! Keserabutanlah yang banyak mencuri masa kualiti, tenaga dan kebahagian kita, misalnya kita akan membuang masa mencari-cari dokumen yang tidak disimpan rapi. Mata sakit memandang keadaan yang besimpang perenang manakala apa yang dihiaskan sebelum ini dicemari dengan keadaan kusut masai. Jelas implikasi keserabutan lebih daripada bab masai, malah memberi gambaran ekspresi kebuntuan dan halangan dalam kehidupan ceria daripada aspek fizikal, emosi dan spiritual. Ya keserabutan mencengkam ketenteraman kita.
Oleh itu jangan biarkan keserabutan merosakkan ketenangan kehidupan kita. Jadi kita perlu berubah kepada stail amalan DIY yang lebih inovatif, rajin berkemas, mula secara beransur-ansur dan istiqamah. Tidak perlu terlampau 'tidy' atau kemasan jitu, kerana sifat melampau nanti bagaikan mengundang tekanan atau stress lain pula! Ingat.. tujuan amalan DIY adalah untuk menyinari kehidupan kita. Meriaslah diri dan elemen sekeliling sekadar kepuasan kendiri. Orang suka, Allah SWT pun reda.

Nov 2, 2010
Motivasi Kemahiran DIY Inovatif
Daripada Jendela DIY gaya AMI Resources
Promosi dan kempen
MOTIVASI KEMAHIRAN DIY INOVATIF
Promosi dan kempen
MOTIVASI KEMAHIRAN DIY INOVATIF
Bukan Sekadar Merias
Mengilap Naluri Praktikal
DIY Kreatif, Inovatif dan Efektif
Mudah, Jimat, Berkualiti
Memupuk Semangat Cinta Kemahiran
Teknikal dan Vokasional
Kemahiran hidup dan Insaniah
Amalan Konsep dan Budaya DIY
Pendekatan Santai
Untuk urusan Taklimat, Bengkel, Ceramah DIY Inovatif dan keterangan lanjut, sila hubungi:
DIY GAYA AMI RESOURCES
HP: 0193303459
Subscribe to:
Posts (Atom)