Keserabutan Menghijap Seni DIY
Keserabutan dek ketidak teraturnya keadaan dalam kediaman, misalnya susunan perabot yang bercelaru, timbunan dokumen dan juntaian barangan atas meja, permainan kanak-kanak atau sampah berselerakan di lantai, dapur yang kotor dan sebagainya akan menjadikan kita cepat penat dan mengalami stress yang bukan-bukan. Keadaan ini sebenarnya memberi petunjuk dan melambangkan keserabutan minda penghuni kediaman berkenaan.
Keserabutan bukan peranan atau perkara kebendaan yang terselerak, tetapi masalah dalaman kita sendiri. Konsep DIY rias rumah selain mengutamakan "bagaimana hendak buat" juga menekankan "mengapa terjadi" sesuatu perkara itu. Jadi bukanlah sahaja kita perlu belajar mengurus kehidupan seharian, malah kita perlu juga pandai mengurus keserabutan! Keserabutanlah yang banyak mencuri masa kualiti, tenaga dan kebahagian kita, misalnya kita akan membuang masa mencari-cari dokumen yang tidak disimpan rapi. Mata sakit memandang keadaan yang besimpang perenang manakala apa yang dihiaskan sebelum ini dicemari dengan keadaan kusut masai. Jelas implikasi keserabutan lebih daripada bab masai, malah memberi gambaran ekspresi kebuntuan dan halangan dalam kehidupan ceria daripada aspek fizikal, emosi dan spiritual. Ya keserabutan mencengkam ketenteraman kita.
Oleh itu jangan biarkan keserabutan merosakkan ketenangan kehidupan kita. Jadi kita perlu berubah kepada stail amalan DIY yang lebih inovatif, rajin berkemas, mula secara beransur-ansur dan istiqamah. Tidak perlu terlampau 'tidy' atau kemasan jitu, kerana sifat melampau nanti bagaikan mengundang tekanan atau stress lain pula! Ingat.. tujuan amalan DIY adalah untuk menyinari kehidupan kita. Meriaslah diri dan elemen sekeliling sekadar kepuasan kendiri. Orang suka, Allah SWT pun reda.
No comments:
Post a Comment