Oct 12, 2010

Teladan Rias Rumah

Teladan Rias Rumah,

Pengalaman melawat beberapa negara seperti Timur Tengah, Jepun dan New Zealand sesungguhnya membantu penulis melihat budaya luar negara dari dekat lagi. Hal yang ingin ditekankan daripada sudut positif ialah mereka mengambil berat tentang nilai keindahan dan soal kebersihan. Dari dahulu hingga sekara...ng amalan ini menjadi sebahagian cara hidup mereka .


Teringat ketika saya melawat sambil bekerja di salah satu syarikat Jepun yang bangunannya hanya berlantaikan simen, tanpa sekeping jubin pun atau batu mar-mar. Keadaan ini meliputi kesemua bilik air. Istimewanya, kebersihan dan kilauan lantai serta bau haruman simen biasa tersebut mengalahkan lantai pejabat yang sofistikated. Bayangkan pula jika bilik air kita berlantai simen!... Baik di Jepun mahupun New Zealand landskapnya tiada tercemar. Masyarakatnya mempunyai sikap yang tidak suka membuang sampah merata-rata. Bagi mereka perbuatan sebegini ‘berdosa’. Alangkah bahagia dan indahnya negara kita, jika masyarakat dapat mengamalkannya tanpa perlu dikerah.

Kebersihan dan keindahan “di sana” diterjemahkan menjadi kriteria dan kredibiliti utama penulis semasa melakukan DIY rias rumah

No comments: