Rupannya macam tu.......
*DIY handyman's style east versus west, just like the way of the samurai and cowboy handling their 'tools'. Local style or traits - you to specify!
Semasa muda-muda dahulu saya pernah duduk serumah dengan beberapa orang peace-corp atau sukarelawan dari pelbagai negara seperti Jepun, Germany, dan Amerika Syarikat (pada awal tahun 70an ramai sukarelawan dari luar negara bertandang di Malaysia) sedikit sebanyak mengajar saya cara mereka ber*DIY. Apa yang ketara saya perhatikan, kita di Malaysia kalau ber*DIY cara menggergaji, mengetam kayu umpamanya, adalah berbeza dengan orang Jepun. Kita sudah lazim dengan stail British atau Barat yang mana bila menggergaji atau mengetam kayu, teknik pacu mata alat-pisau gergaji dan pemegangnya hanya sesuai beraksi menyorong tolak kedepan. Tetapi stail Jepun lain pula, ia mengundur tarik kebelakang. Kenapa ya!
Antara sebabnya ialah design alat yang berbeza, contohnya alat pemegang (handle) gergaji tadi. Cara barat memegang alat menggunakan sebelah tangan manakala Jepun dengan kedua belah tangan. Rekabentuk 'handle' gergaji Barat tentu anda tahu; 'handle' gergaji Jepun bentuknya macam batang cangkul, tapi hebat. Sangat mudah kendalianya. Senang cerita atau analoginya lihat cowboy pegang pistol atau Samurai pegang pedangnya.
Bagi saya, orang Asia dari segi fizikal, menggunakan 'handy tools' lebih sesuai ikut cara dan design Jepun. Saya sudah cuba, rasanya kurang penat, cuma di sini belum popular lagi, begitu juga peralatan jenis 'handy Jepun' payah dapat di Malaysia.
Satu lagi kes cara mengupas kulit kentang dengan menggunakan pisau, kita kupas kulit kentang cara British, British kupas cara Jepun, Jepun pula ala British-Japanese (front-backstroke peeling), maka stail inilah cara dan budaya *DIY universal yang ingin diterapkan oleh *DIY gaya AMI.
Anda bagaimana pula?
No comments:
Post a Comment