Feb 10, 2010

0310 - Petua DIY Minggu Ini - Keep slim and fit DIY way

Macam mana nak sentiasa sihat?

Conficius pernah berkata bahawa sudah menjadi lumrah dunia, manusia lebih tertarik pada kecantikkan dari kebajikan. Lihatlah di laman-laman sosial, majalah-majalah dan sebagainya, apakah jenis cerita atau sembang-sembang yang mendapat tempat di dada-dada makalah tersebut? Tidak lain tidak bukan - bab tabiat kebiasaan manusia ini, membenarkan kata-kata pujangga tadi.

Lantaran itu sekali-sekala kita bicara pula petua DIY dari sudut kesihatan dan keindahan. Disebut juga aura DIY.

Semua orang tahu kesihatan kita perlu dijaga, Tiada gunanya kekayaan jika kita manjang sakit. Tetapi bagaimana? inilah persoalaannya. Ada macam-macam gaya, dari memakan pil-pil vitamin hinggalah berjogging keliling taman. Punyalah nak sihat ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli mesin robot yang boleh mengurut. Masing-masing mendakwa kemujarapan  amalan yang dibawanya.

Membuat kerja-kerja DIY apatahlagi jenis yang boleh mengeluarkan peluh, ia sebenarnya lebih menyihatkan kita, lagi bermanfaat dan menguntungkan. Mengalahkan peluh yang 'sengaja' diusahakan di gymnasium.

Begitu jua berDIY boleh memberi kecergasan minda dan fisikal. Peluang hidup baru 'buang yang keroh ambil yang jernih';  sentiasa terbuka luas. Jadikannya hobi, asalkan anda tidak terperangkap dengan keasyikannya  anda akan menikmati terapi yang jarang diungkapkan. BerDIYlah dengan keinsafan dan dikurniakan pula keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Pendek cerita, petua untuk jadi sihat berDIYlah selalu.

Dari masa kesemasa, di ruangan ini, insyaAllah akan dipeturunkan sedikit demi sedikit petua DIY sehingga tempias positif dapat dirasai semua. Kunyahlah dahulu, jika rasa enak, ada perubahan barulah ditelan pil DIY selebihnya nanti.

No comments: