Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata punah kita!
Pepatah ini diungkitkan sebagai ingatan, ada beberapa aksi kesilapan yang sering dilakukan oleh DIYee baru ketika berDIY yang mana ia sinonim dengan akibat terlajak kata.
Riasrumah gaya AMI tidak menggalakkan anda terus praktik projek DIY pilihan kerana ada perkara yang perlu tahu sebelum membuat sesuatu kerja kerana akibat silap langkah kita akan rugi masa dan tenaga. Maka fahami konsep dan cerita DIY dahulu, apabila sudah sedia bolehlah dimanfaatkannya.
Berikut adalah antara aksi-aksi atau tasks yang perlu fikir dua kali sebelum mula berDIY:
1. Kerja memotong, menebuk seperti kayu atau besi mahupun fabrik pastikan penandanya betul. Jika terpotong jawabnya rosak (kayu dan besi mahal harganya - tidak sama seperti kertas jika tersilap tulis cuma digumpal ke bakul sampah)
2. Pelekat gum sempurna sapuan dan tahu bila kering dan jenis ketahanannya
3. Komposisi bancuhan simen atau konkrit konsisten ikut spesifikasi. faktor cuaca.
4. Peralatan kerja lebih-lebih lagi guna kuasa lektrik, pastikan ada ciri keselamatan.
5. Campuran cat samada larutan air, spirit, tinner dan sebagainya. faktor cuaca.
Pastikan sicomel anda lihat *DIY dari jauh
6. Kerja pelarasan tembuk batu bata hendaklah konsisten dari awal pasang ikat bata . (kalau tersenget sukar diperbetulkan)
7. Jadual kerja mengikut lunas syarak (contoh kerja cat mengecat ada ruang masa untuk pastikan kesan cat tiada melekat di badan atau anggota wudhuk)
8. Jika berDIY tempat tinggi atau kendalian sistem lektrik mahupun yang berat sedikit pastikan anda ada pembantu.
9. Sebelum kerja mengerudi atau memaku dinding batu pastikan dalam dinding bebas dari laluan litar elektrik.
10. Semua kedudukan alat-alat, bahan kerja dan persekitaran tidak bersepah-sepah dan tahap bising tidak menggangu jiran.
11. Jika kerja ditangguhkan atau siap pastikan kawasan dan alat, barang kerja dikemaskan dan teratur. Sampah-sampah segera dibuang.
No comments:
Post a Comment