Salam..
Santapan jiwa DIY
Hidup dan Keindahan
Manusia sejak dia dijelmakan, selalu merentangkan tali diantara alam dan hatinya. Tumbuhlah kehalusan perasaan itu dengan sederhana pada mulanya, kerana melihat keindahan langit, kesuburan bumi dan keluasan laut, warna-warni bulu burung dan mekarnya kembang, matahari terbit dan terbenam. Tetapi kerana beratnya tekanan hidup, mencari beras seliter kadang2 kendorlah tali hubungan hati dengan alam itu atau pudar sama sekali. Demi apabila keperluan se-hari2 beransur kemakmurannya, mulailah dirasai bahwa hidup bukanlah semata2 "cari makan". Hidup bukanlah semata2 tekun mencari ilmu. Ada yang lebih tinggi dari makan dan ilmu, yaitu kehalusan perasaan buat menangkap yang indah, yang ada keliling diri.
Bila ini tercapai, inilah " Tiang Hidup".
Pandangan Hidup Muslim oleh Prof. Dr. Hamka
No comments:
Post a Comment